entah la pa nak jadi hari ni...tp dah terjadi...klu sesiapa berada disituasi tadi mmg sah koma..
mn tak koma...tengah leka dok cari bahan kimia,tanpa rasa takut ka apa ka..tetiba pintu stok bahan kimia dihempas dgn kuat mcm hampehhhhhhhhh.....kuat sesangat sampai aku rasa mcm nk mati dah..terhenti la degupan jantung 2@3 saat...ishhhh melampau betul pintu tu...yg herannya time tu mana dok ada angin..perghhhhhh bikin tanda tanya ni...lantak lah...tp hati ni masih tak leh nak fikir apa dah..muka pucat siut...mana lah tak pucat,dah dok sorang2,bunyi kuat mcm gempita mengamatkan bilik tu...mau ja nak terajang pintu tu...huhuhuhuuuu...lepas terkejut tu baru la ketaq dan jantung berdegup pantas...nak angkat bahan kimia pun dah tak upaya...dok la rehat sat...bila dah ok baru la sambung kerja...selalunya dok ajak liza temankan aku...tp hari ni dia cuti...aduiiiii......sabaq ja lah............................bila dalam perjalanan balik rumah pula,hujan dgn lebatnya..dah la kampung aku ni penuh dgn hutan dan pokok getah...sedang dok leka berkhayal dengar lagu Anuar Zain.,tetiba keluaq dari hutan satu lembaga hitam...mak aihhhh terkejut beruk...mana tak terkejut dah la hujan lebat,gelap pulak tu,kawasan hutan pula ada lembaga hitam dok pegang pisau menoreh...rupa2nya ada akak tu..menoreh hujan2..beraninya dia..aku yg lalu shja pun takut...aduiii tu lah kejadian hari ni yg paling mengejutkan aku...blh lemah semangat...skrg nk tunggu waktu berbuka ja ni....
aku langgar lori@lori langgar aku..dapat laa first kiss dari blkg lori tu depan keta ni.siap tinggal lipstik(cat lori) kt lampu.tak sedar mcm mn terjadi,tetiba ja kwn sebelah menjerit..mata dok galak tgk kedai emas buka@tutup..sedar2 dah rempuh lori yg berhenti..tp dalam lori tu ada driver..lepas dilanggar@melanggar dia bgerak keluar,pd masa yg sama juga maybe lori tu nk undur tapi tak perasan kot keta aku yg baru nak masuk utk parking blkg lori tu,almaklum la mata tgk tepi,tak tengok depan..huhuhuhuhuh..mujuk kaki ni masih kenal mana pedal brek..klu tertekan pedal minyak.kena panggil rescue lorrr..driver lori tu tengok je..aku buat bodoh je lah..biarlah keta kemek janji enjin tak mati...huhuhuhuhuhuhuh...yg terjadi tetap terjadi..blk hubby pujuk..harta dunia mmg tak kekal lama...jangan dok sayang2...apa pun syukur lah kami tak apa2..:)
walaupun hari ini hari sabtu tapi kena pi kerja juga sebab sekolah ganti raya cina maaaaa.....haiyaaaa walaupun manyak malas tapi kena pergi maaaa dpt cuti nanti...
time bila aku alami wonderful feeling ialah bila shbt aku ni mula tegur aku...alahhh gaduh budak2...almaklum la dua2 lahir thn naga...ego masing2 tak mau campak...last2 shbt ku dulu yg campakkan ego tu...hahahahah bkn senang nak campak ego oiiii....huhuhuhuhuh...apa2 pun semua kembali normal...pesan dia pada ku walauapa pun terjadi aku tetap sahabat dia,so begitu juga dgn aku...tu lah kan beza antara sahabt,kawan.kekasih dan teman....berkawan biar beribu2 lemon...tapi berkasih hanya pada yg satu...selain utama kasih pada ILAHI...walaupun aktiviti aku hari ni padat..tapi sbb kwn rapat aku bawa kan dia ke klinik..sbb ada masalah kesihatan...walapun dia dah bersuami tapi...kelebihan dan kekurangan pasangan masing2 tetap ada...selagi aku terdaya dan termampu utk hulur bantuan akan ku laksanakan...huhuhuhuhuh..dah tak de apa nk tulis..badan dan letih..mata dah nak terpejam..so esok rehat sepuas2nya...dapur memang tak jenguk dah..pandai2 la sapa nak makan...hahahahhaha....inikah yg dikatakan suri yg solehah...hahahahhaampehhhhh..:P
kelakar juga tadi..dok suruh liza masukkan lagu dlm blog ni..pilih punya pilih ambil la lagu ukays satu lilin sehening malam...almaklum la kan kunang2 rayau malam..hahah konon tajuk lagu tu ada sangkut paut la...bila dah masukkan,tup2 lagu korea yg berkumandang..hahahaha..tu la padahnya pilih lagu tanpa dengar...pengajaran utk ku dan liza..
untuk tempoh permulaan dan percubaan try la masukkan lagu ni ku pinjam satu bintang..
Ku rindukan dia
Ku mahu belaian manja
Ku ingin selalu di sisinya
Inikah bahgia
Inikah kasih asmara
Bernyanyilah hatiku dengan cinta
Ku tak ingin lagi berjauhan
Usah kau hampiri perpisahan
Seharusnya kau mengerti kasih
Hanya engkau di hatiku
Andai mampuku menyentuh awan
Akan ku pinjamkan satu bintang
Dan ku pancar seri yang gemilang itu
Kasih ke wajahmu
Ku berjanji sayang
Ku menunggu dikau pulang
Membawa cintamu yang terindah
Dengarlah kata hati
Oooo... oooo...
Ku rindukan kasih Dia
Ku mahu belaian manja
Takkan ku lupa cinta pertama
Ku tak ingin lagi berjauhan
Usah kau hampiri perpisahan
Seharusnya kau mengerti kasih
Hanya engkau di hatiku
Andai mampuku menyentuh awan
Akan ku pinjamkan satu bintang
Dan ku pancar seri yang gemilang itu
Kasih ke wajahmu
Ooooo...
Ku berjanji sayang
Ku menunggu dikau pulang
Membawa cintamu yang terindah
Dengarlah kata hati
Dengarkanlah kata hati
Dengarkanlah bicaraku
Seorang wanita pernah berkata padaku " hati wanita seumpama lautan yg sangat dalam, yg sukar dijelajahi oleh lelaki. Ianya penuh dgn seribu satu khazanah ". Lalu aku berkata padanya pula " hati lelaki diibarat angkasaraya yg terlalu luas, yg tak mungkin mampu diterokai oleh seorang wanita pun. Ianya kekal dgn sejuta misteri ". Lalu wanita itu berkata lagi " Klu begitu kami hiasi dgn kewujudan pulau, pantai dan ombak yg indah, agar sang lelaki dpt menikmati keindahan dari khazanahnya ". Maka aku berkata pula " Klu begitu kami hiasi dgn kewujudan pelangi, bulan dan bintang yg bercahaya agar si wanita dpt memuja keagungan dari misterinya ".
termenung ku,duduk mengelamun jauh,memikirkan nasib ku,kegelapan disudut jendela ini,rembulan bersembunyi,menghiburkan hati yang gundah gulana,tak tahu bagaimana,tiba-tiba ku lihat si KUNANG-KUNANG berterbangan berdua,apa agaknya berita yang... kau bawakan ceritakanlah pada ku,aku tersenyum dan ku ketawa melihat riangnya kau berdua berterbangan mengelipkan cahaya,kau yang menerangi hati ini,dengan cahaya yang berseri,lantas ku terlupakan lara ku...asyik aku melihatkan tarian mu,sampai lelap mata ku,terjaga ku mencari si KUNANG-KUNANG yang kini hilang dari..pandangan
Dengan Seni Hidup menjadi indah, Dengan Ilmu Hidup menjadi mudah, Dengan Agama Hidup menjadi terarah. Tidak semua orang yg belajar itu pandai Tetapi semua orang yg pandai itu belajar.
baru nak belajar sambil nak berjinak2 dgn dunia blog..
insan yg meREKA,menGAJAR ttg blog ni ialah PN NORLIZA WATI..terima kasih banyak2 diucapkan..banyak jasanya mengajar..walaupun banyak sangat songeh aku ni tapi dia tetap buat juga..gaduh,ketawa,menangis,gembira,suka,duka,kami lalui bersama..kalau tak de dia ermmm tak tau lah.....sepi la jadinya..
yg kelakar tu,apa yg dia letakkan dalam blog dia,aku pun nak juga..dia letakkan nama pepatung maya aku nak letakkan kunangmaya..jenuh la dok cari nama..akhirnya terfikirlah nama pesona si kunang...hahahhaha...
sebagai org baru pesona si kunang akan bergerak secara perlahan-lahan..
untuk tatapan semua jenguk2 lah pesona si kunang dari masa ke semasa...pasti menarik jika kena waktu dan ketikanya...salam sayang dari ku..










